Tuesday, September 21, 2010
Sejarah Model Sosial
Ada 5 orang buta yang memperoleh kesempatan untuk berkunjung ke kebun binatang di mana mereka dapat berinteraksi dengan gajah. Disebabkan mereka buta, mereka tidak mengetahui tentang bentuk gajah tersebut. Yang satu memegang ekornya dan berkata, "aha... gajah itu berbentuk tipis dan panjang", yang memegang kakinya berteriak, "wah, gajah itu gagah, besar, berbentuk lonjong dan tegak!", yang memegang telinganya berkata, "...gajah itu berbentuk tipis", yang memegang belalainya berkata, "gajah itu panjang, agak lonjong dan melayang!", sementara yang sempat menaiki punggung gajah berkata, "wah, gajah itu besar sekali dan kita boleh menaikinya!". Semua memegang gajah, namun dengan tidak adanya rujukan bagaimana bentuk gajah, maka ke semua orang buta tidak dapat mengetahui bagaimana bentuk gajah tersebut dengan hanyaa memegang bahagian-bahagian gajah tersebut. Bagaimana cara agar semua orang buta tersebut mengetahui bentuk gajah yang sebenarnya?
Manusia pada dasarnya tidak akan dapat memenuhi semua keperluannya dengan baik tanpa bantuan daripada masyarakat di sekeliling mereka. Semenjak daripada kelahiran seorang individu, dia memerlukan pertolongan atau bantuan serta sokongan daripada individu lain sehinggalah dewasa dan meninggal dunia, dia tetap masih memerlukan individu lain. Fairchild ( 1980 ) mengemukakan bahawa masyarakat merujuk kepada kelompok manusia yang menyatupasadukan diri masing-masing berdasarkan kepantingan bersama, ketahanan dan kekalan. Berdikari bukan maksud hidup secara tunggal atau hidup sebatang kara tetapi hidup dengan harmoni dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bermasyarakat. Kepentingan hidup bermasyarakat ini telah membawa kepada kewujudan suatu istilah iaitu ‘ model sosial’. Model sosial ini diyakini sebagai satu komponen utama untuk menggerakkan kebersamaan, pertukaran pendapat, kepercayaan dan saling membantu bagi mencapai kemajuan bersama ( Witrianto, S.S., & M.Hum. , M. Si )
Kajian terhadap konsep model sosial ini masih baru dan mempunyai definisi yang pelbagai bergantung kepada pemahaman pengkaji-pengkaji yang telah melaksanakan penyelidikan dalam bidang ini. Secara umumnya, model sosial dapat diukur berdasarkan fungsi sesebuah masyarakat dan bagaimana hubungan antara individu dengan sesebuah masyarakat mahupun sesebuah masyrakat dan masyarakat yang lain dapat menyumbang kepada perkembangan positif kepada individu, kumpulan kaum dan juga masyarakat itu sendiri secara keseluruhan. Model sosial ini juga disifatkan sebagai kekuatan yang mampu membangun sebuah komuniti dengan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli sesebuah masyarakat tersbut. Dengan kata lain, model sosial merupakan suatu bentuk kerelaan seseorang individu untuk menerima pendapat dan keputusan yang dilaksanakan dalam sesebuah komuniti.
Model sosial membawa maksud sebagai suatu konsep dengan berbagai definisi yang saling terkait, yang didasarkan pada nilai jaringan sosial. Sejak konsep ini decetuskan, istilah ‘model sosial’ telah digambarkan sebagai sesuatu yang sangat manjur bagi semua masalah yang menimpa sesuatu komuniti dan masyarakat masa kini. Berdasarkan maksud model sosial di atas, model sosial dapat diertikan sebagai suatu konsep yang berkaitan dengan hubungan sosial atau dengan kata lain, hubungan antara masyarakat dan komuniti yang sangat berkesan bagi menyelesaikan sesebuah permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Dengan adanya hubungan erat di antara masyarakat, pertelingkahan akan dapat dielakkan dan keharmonian dalam masyrakat dapat dikekalkan.
Biodata dan Foto Spencer Kagan
Dr. Spencer Kagan ialah pengasas kepada model pembelajaran koperatif. Beliau memulakan kajiannya mengenai pembelajaran koperatif pada tahun 1968 dan kemudian menjadi pakar dalam aspek ini. Beliau telah mengadakan bengkel dan menyampaikan ucapan di 20 lebih buah Negara. Malahan, usaha keras beliau ini terus mendapat pemintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.
Dr. Kagan telah mengarang lebih dari 80 buah buku, jurnal dan sebagainya. Beliau ialah ketua pengarang dalam kebanyakan buku-buku pendidikan, terutama sekali dalam empat bidang iaitu disiplin bilik darjah, pembelajaran koperatif, kecerdikan berganda dan tenaga bilik darjah. Beliau mula dikenali dalam beberapa majalah berunsur pendidikan, termasuk majalah Education Leadership, Instructor dan Learning Magazine.
Konsep dan Prinsip Pembelajaran Koperatif
Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif
Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif. Konsep ini merangkumi :
• Pasukan – ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda positif,
• Kemahiran sosial
• Pengurusan (termasuk isyarat senyap)
• Prinsip PIES
• Keazaman / kemahuan (willingness) untuk bekerjasama
• Struktur-struktur (Kagan)
Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah:
• P Pergantungan positif (Positif interdependence)
• I Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)
• E Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)
• S Interaksi serentak (Simultaneous interaction)
Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip yang tersebut di atas.
Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif melalui :
• Bilik darjah yang demokratik
• Memberi ‘Empowerment ‘ kepada pelajar
Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian. Ini
Contoh dalam Rajah di bawah menunjukkan bagaimana aktiviti dibentuk oleh Kagan apabila struktur Roundtable digabungkan dengan isi kandungan (satu senarai nombor perdana atau contoh lain seperti haiwan jinak, kata adjektif)
Selain daripada itu, terdapat tiga pendekatan utama untuk mempelajari
Pakej ini mengandungi banyak bahan untuk pelbagai topik matematik peringkat sekolah rendah. Satu contoh bahan bernama "Number Shapes" untuk topik persamaan serentak adalah ditunjukkan dalam Rajah 1.
Yang menarik tentang pakej EQUALS ini ialah peraturan-peraturan untuk menjalankan aktivitinya secara berkumpulan (4 orang). Tiga peraturan utamanya ialah:
(a) Setiap orang ahli kumpulan mendapat sekeping kad yang mengandungi satu maklumat tentang masalah yang perlu diselesaikan.
(b) Setiap orang ahli kumpulan boleh melihat maklumat pada kad sendiri, tetapi tidak dibenarkan untuk melihat maklumat yang ada pada kad-kad rakan yang lain.
(c) Setiap orang ahli kumpulan boleh memberitahu maklumat sendiri kepada rakan-rakan sekumpulan secara lisan. Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan untuk menunjukkan kad kepada rakan.
Antara lain, peraturan-peraturan ini bertujuan menyedari kumpulan bahawa setiap orang ahlinya adalah penting. Tanpa mana-mana satu maklumat, mereka tidak akan berjaya menyelesaikan masalah yang diberikan.