Monday, September 20, 2010

Maklumat mengenai Model Sosial

Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif


Model pembelajaran koperatif memiliki ciri-ciri seperti berikut. Pertama, bertujuan agar pelajar dapat belajar berkumpulan secara koperatif. Kedua, kumpulan dibentuk terdiri daripada ahli kumpulan yang memiliki kemampuan tinggi, sedang dan rendah. Terdapat perbezaan antara pelajar didalam kelas antaranya ras, suku, dan budaya yang pelbagai. Namun, penghargaan lebih diutamakan kepada bekerja secara berkumpulan berbanding belajar secara bersendirian.


Terdapat tiga tujuan penting dalam pembelajaran koperatif. Pertama, hasil pembelajar akademik. Pembelajaran koperatif bertujuan untuk meningkatkan tahap kerja pelajar dalam tugas-tugas akademik. Banyak pihak yang berpendapat bahwa model koperatif unggul dalam membantu pelajar untuk memahami konsep-konsep yang sukar. Kedua, penerimaan terhadap kaedah model koperatif bertujuan agar siswa dapat menerima rakan-rakannya yang mempunyai berbagai latar belakang. Perbezaan ini disebut sebagai perbezaan suku, agama, kemampuan akademik, dan taraf sosial. Ketiga, mempunyai sikap sosial yang baik dalam pergaulan iaitu pelajar menjadi aktif bertanya, menghargai pendapat orang lain, memancing teman untuk bertanya, ingin menjelaskan idea atau pendapat, bekerja bersama ahli kumpulan dan sebagainya.


Menurut Kagan (1998), aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif disesuaikan dengan isi kandungan.

Struktur pembelajaran + isi kandungan = aktiviti

Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip yang tersebut di atas.

Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif melalui :

Bilik darjah yang demokratik

Memberi ‘Empowerment ‘ kepada pelajar

Peranan guru sebagai fasilitator dan mentor

Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, antaranya :

Kelebihan kaedah koperatif di dalam bilik darjah :

  • Mewujudkan semangat saling bergantung antara satu sama lain dalam kumpulan.
  • Menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersemuka
  • Setiap ahli kumpulan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada kumpulan masing-masing.
  • Mengajar kemahiran interpersonal kepada pelajar.
  • Pemprosesan kumpulan

Kaedah pembelajaran ini memerlukan perancangan awal oleh guru seperti :

  1. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan (tidak melebih 5 orang satu kumpulan)
  2. Rancangkan tajuk untuk setiap kumpulan dan sesuaikan dengan objektif pengajaran.
  3. Sediakan alat tulis yang sesuai untuk aktiviti kumpulan.
  4. Sediakan peraturan yang jelas untuk aktiviti kumpulan.
  5. Pengurusan masa yang baik. Sesuai untuk dua waktu atau tiga waktu pengajaran sejarah.

Berikut merupakan aktiviti kumpulan dalam pengajaran & pembelajaran sejarah di Tingkatan empat. Para pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam perbincangan untuk menjawab soalan guru walaupun ahli kumpulan dibentuk oleh guru. (Pelbagai kaum dalam satu kumpulan)

Para pelajar berbincang selepas mendapat soalan daripada guru.



Pelajar perlu memikir cara yang kreatif dan inovatif untuk menjawab soalan guru



Para pelajar perlu bekerja sama dan membina persefahaman antara satu sama lain



CARA PEMBELAJARAN KOPERATIF

Negara Malaysia kini memerlukan lebih banyak pakar dalam bidang sains dan teknologi. Bidang ini memerlukan mereka yang berkebolehan mengasimilasi dan mentafsir maklumat secara matematik dan statistik. Ini bermakna matematik adalah merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dalam era menuju kemajuan sains dan teknologi di samping kehidupan harian dalam ‘survival’ manusia sejagat hari ini. Matematik boleh dikatakan kunci kepada peluang pekerjaan dan karier di mana kebolehan menyelesaian masalah dalam matematik adalah mustahak sebagai asas pendemokrasian dalam era teknologi terkini. Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamat iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar terhadap matematik. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka.


Menyedari hakikat ini, maka sewajarnya guru-guru matematik di sekolah memilih pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar. Noraini (1994) menyatakan di antara faktor-faktor yang boleh menarik dan merangsangkan minat seseorang kepada sesuatu perkara iaitu:


  • Pendengar atau pengguna sedar atau tahu bahawa perkara atau benda itu berguna atau berfungsi kepadanya.


  • Ia disampaikan atau dipersembahkan kepadanya dengan cara dan gaya yang menarik.


  • Perkara atau benda itu indah, mengembirakan dan menyeronokkan.

Dengan cara ini mereka tidak akan merasakan bahawa mereka berhadapan dengan peraturan yang menakutkan bahkan mereka akan merasa seronok sewaktu proses pembelajaran matematik. Justeru itu guru perlu merancang dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran matematik berlaku dalam keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan serta belajar bersungguh-sungguh. Pendekatan yang menggalakkan pelajar-pelajar belajar dan mencari ilmu sendiri perlu dipupuk di samping guru sebagai pembimbing, membimbing supaya mereka lebih ekspresi kendiri yang kreatif. Iklim bilik darjah pembelajaran matematik dibina bertujuan memperkembangkan inovasi pelajar-pelajar supaya mempunyai lokus kawalan dalaman disebabkan yang menggerakkan mereka ialah dirinya sendiri dan standard yang hendak dicapai juga adalah relatif kepada dirinya sendiri. Pemikiran kritikal dipupuk kerana proses pembelajaran ialah induktif.

Pada asasnya Pembelajaran Koperatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. Selain daripada pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah yang semaksimum mungkin, mereka juga boleh bersosialisasi. Menurut Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru. Interaksi dua hala dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan.


PELUANG PEMBELAJARAN KOPERATIF

Sebagai pendidik kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan mereka kearah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd Fadzli, 2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri.

Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang sebegitu rupa supaya berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 1994). Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan, mereka boleh berkongsi pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani), bertimbang rasa (emosi) serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial). Justeru itu adalah diharapkan apabila pelajar-pelajar yang keluar dari bangku sekolah nanti, mereka akan mencerminkan diri mereka sebagai insan yang menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran matematik. Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial dalam diri setiap pelajar (Buku Panduan KBSR, 1982).


0 comments:

Post a Comment