Monday, September 20, 2010

Analisis Model Sosial menggunakan Teknik SWOT

KEKUATAN MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF

Terdapat beberapa kekuatan dalam pembelajaran koperatif antaranya adalah seperti berikut :


Pertama, membiasakan diri supaya terampil dalam berfikir secara kritis. Kedua, dapat meningkatkan hasil kelas iaitu model menyesuaikan ahli kumpulan dalam teknik ‘problem solving’. Ketiga, menampilkan pembelajaran mengikut keselesaan pelajar. Keempat, memotivasi pelajar dalam kurikulum tertentu. Kelima, membangunkan sistem pendukung sosial dalam diri pelajar. Keenam, membangunkan variasi pemahaman diantara pelajar dan guru.


Ketujuh, menetapkan lingkungan yang baik dalam memberi contoh dan menerapkan kerjasama dalam ahli kumpulan. Kelapan, membangunkan komunikasi dan kemahiran sosial pelajar-pelajar dalam sesi pembelajaran. Kesembilan, meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar dan mampu menambah daya tarik dalal diri. Kesepuluh, mengembangkan sikap positif dalam diri seorang guru dan menggunakan berbagai teknik penilaian agar dapat berlaku adil dan saksama kepada semua pelajar.

KELEMAHAN MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF

Terdapat beberapa kelemahan model pembelajaran koperatif iaitu guru bimbang akan berlaku masalah dikelas. Masalah ini dapat diatasi oleh para guru dengan menjalankan pembelajaran di luar kelas seperti di makmal komputer, taman atau di tempat yang terbuka seperti padang bola sepak. Selain itu, ramai pelajar tidak gemar apabila disuruh bekerja sama dengan yang lain iaitu bekerja dalam kumpulan. Pelajar yang bijak sering merasakan mereka harus bekerja melebihi melebihi ahli kupulan yang lain dalam kumpulan mereka, sedangkan pelajar yang sederhana merasakan bahawa mereka tidak diperlukan dalam kumpulan tersebut. Pelajar yang bijak merasakan bahawa rakan-rakannya yang kurang pandai hanya menumpang hasil penat lelahnya sahaja dan langsung tidak memberikan apa-apa kepentingan kepada ahli kumpulan.

Hal ini tidak perlu dibimbangkan kerana dalam model pembelajaran koperatif bukan kognitifnya sahaja yang dinilai tetapi dari segi afektif dan psikomotoriknya juga dinilai seperti kerjasama diantara ahli kumpulan, keaktifan dalam kumpulan serta sumbangan nilai yang diberikan kepada ahli kumpulan. Tambahan pula, pelajar akan mempunyai perasaan tidak yakin dengan ahli kupulan mereka. Hakikatnya kepandaian seseorang itu tidak akan berkurangan jika dia bekerjasama dengan ahli kupulan alain yang mempunyai tanhap kepandaian yang sederhana. Sebaliknya, mereka kan lebih mudah untuk memperoleh ilmu pengetahuan jika bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Malah, ramai pelajar beranggapan bahawa pembahagian tugas adalah secara tidak samarata dan berlaku tidak adil. Ada pelajar yang harus membuat semua tugasan tersebut.

Dalam model pembelajaran koperatif pembahagian tugas haruslah sama rata, ini kerana setiap daripada ahli kumpulan tersebut akan memberitahu apa yang telah diperolehinya kepada ahli kumpulan mereka. Ini penting agar mujudnya sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar dan amanah dalam menjalankan tugasan


0 comments:

Post a Comment