Tuesday, September 21, 2010

Konsep dan Prinsip Pembelajaran Koperatif

Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif



Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif. Konsep ini merangkumi :


• Pasukan – ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda positif,

• Kemahiran sosial

• Pengurusan (termasuk isyarat senyap)

• Prinsip PIES

• Keazaman / kemahuan (willingness) untuk bekerjasama

• Struktur-struktur (Kagan)


Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah:


P Pergantungan positif (Positif interdependence)

I Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)

E Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)

S Interaksi serentak (Simultaneous interaction)



Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip yang tersebut di atas.


Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif melalui :

• Bilik darjah yang demokratik

• Memberi ‘Empowerment ‘ kepada pelajar



Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif


Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian. Ini dapat diterangkan melalui rajah dibawah.











Contoh dalam Rajah di bawah menunjukkan bagaimana aktiviti dibentuk oleh Kagan apabila struktur Roundtable digabungkan dengan isi kandungan (satu senarai nombor perdana atau contoh lain seperti haiwan jinak, kata adjektif)





Selain daripada itu, terdapat tiga pendekatan utama untuk mempelajari pembelajaran koperatif menurut Kagan, 1992; Jacobs, Gan & Ball, 1995. Tiga pendekatan tersebut ialah pertama sekali ialah Pakej Kurikulum Spesifik, yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran koperatif bagi sesuatu bidang isi pelajaran yang spesifik. Kedua ialah Pendekatan Prinsip, yang menekan kepada pemahaman terhadap prinsip-prinsip asas yang membezakan pembelajaran koperatif daripada kerja kumpulan yang biasa. dan terakhir sekali ialah Pendekatan Struktur, yang berfokus kepada mempelajari teknik-teknik asas yang boleh digunakan untuk mengajar sebarang isi pelajaran pada bila-bila masa.


Pakej ini mengandungi banyak bahan untuk pelbagai topik matematik peringkat sekolah rendah. Satu contoh bahan bernama "Number Shapes" untuk topik persamaan serentak adalah ditunjukkan dalam Rajah 1.




Contoh bahan pembelajaran koperatif dari pakej EQUALS.



Yang menarik tentang pakej EQUALS ini ialah peraturan-peraturan untuk menjalankan aktivitinya secara berkumpulan (4 orang). Tiga peraturan utamanya ialah:


(a) Setiap orang ahli kumpulan mendapat sekeping kad yang mengandungi satu maklumat tentang masalah yang perlu diselesaikan.

(b) Setiap orang ahli kumpulan boleh melihat maklumat pada kad sendiri, tetapi tidak dibenarkan untuk melihat maklumat yang ada pada kad-kad rakan yang lain.

(c) Setiap orang ahli kumpulan boleh memberitahu maklumat sendiri kepada rakan-rakan sekumpulan secara lisan. Walau bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan untuk menunjukkan kad kepada rakan.


Antara lain, peraturan-peraturan ini bertujuan menyedari kumpulan bahawa setiap orang ahlinya adalah penting. Tanpa mana-mana satu maklumat, mereka tidak akan berjaya menyelesaikan masalah yang diberikan.

1 comments:

mademoiselle liana said...

thanks for sharing...mohon utk buat rujukan asgment ye...

Post a Comment